Tuesday, January 28, 2020

Uitm Physical and Health Education

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, hari ni aku terdetik nak berkongsi pengalaman aku menghadiri temuduga untuk course Physical and Health Education dekat UITM PALAM (Uitm Puncak Alam). Aku nak share sebab aku rasa ramai pelajar yang akan mencari maklumat berkaitan course ni begitu juga dengan aku pada waktu dahulu. hahahahaha. Kepada sesiapa yang berminat dengan course ni boleh la baca sampai habis. Untuk pengetahuan semua, course ni aku letak dekat pilihan kedua dalam sistem UPU. Bagi pilihan pertama aku letak course yang sama Pendidikan Sukan dan Rekreasi di UKM. Oh ya aku lepasan Stpm 2017/2018. Ya aku memang minat course yang berkaitan sukan dan pendidikan jadi aku pilih kedua-dua course tu untuk letak dalam pilihan UPU. (nanti kalau aku rajin aku post pasal temuduga dekat ukm pula). ok jom start :D

Ok masa aku dapat tahu yang aku diberi tawaran untuk menghadiri temuduga uitm ni, aku dapat melalui laman web uitm. Actually aku hanya tahu yang aku akan pergi interview untuk Ukm je sebab keputusan temuduga Ukm keluar awal. Untuk uitm mula-mula aku check tak dapat pun, banyak kali juga aku check still tak dapat sampai rasa malas nak check dah sebab taknak berharap. then bila sehari sebelum tarikh temuduga tu aku terdetik nak check balik and yes aku dapat tawaran temuduga tersebut. Mak aihh kelam kabut tau nak cari sijil lama dan susun ikut susunan, dah la kena ada cop pengesahan memang tak sempat la aku nak pergi minta. lewat juga aku tidur malam tu sebab aku betul-betul check laman web uitm tu waktu malam kalau tak silap pukul 10 malam. keesokannya pula dan temuduga nasib baik rumah aku dengan Uitm Palam tak jauh sangat. Bila dah sampai ke Uitm Palam, aku dah risau dah sebab takde cop pengesahan dekat sijil-sijil, tapi nasib baik ada seorang pegawai ni cakap takpe kalau takde pengesahan sebab bukan aku je yang dapat tahu keputusan temuduga last minute rupanya ada ramai lagi. ish ish ish. 

Untuk course Physical and Health Education ni akan ada dua interview, actually semua course yang berkaitan dengan sukan rasanya akan ada dua interview. Satu interview ujian kecergasan (pakaian sukan) dan satu lagi interview face to face(pakaian formal). Untuk ujian kecergasan, ada beep/bleep test, jangkauan melunjur, bumping, bola keranjang, long standing jump. rasanya tu je kot sorry kalau aku tak ingat yang lain tapi rasanya yang tu je la. Setiap ujian ni akan ada masa atau target bilangan yang ditetapkan untuk lulus dan diterima masuk. So kau kena buat sebaik mungkin terutama sekali beep test tu. memang penat hahahahaha. Bagi sesiapa yang dah biasa buat tu maybe akan rasa senang dan bagi yang tak pernah buat satu je la aku nasihatkan, tolong kuatkan stamina korang heheh. 

Untuk interview face to face, sepatutnya kena pakai pakaian formal. maksudnya lepas je habis ujian kecergasan kena terus tukar baju. tapi masa aku dulu pensyarah dia bagi kelonggaran kepada pelajar untuk memilih samaada nak berbaju sukan atau formal. Untuk interview dekat uitm ni, setiap bilik akan ada dua pensyarah dan hanya kau sahaja yang masuk. Maksudnya tak akan berpasangan atau berkumpulan. Tips yang aku boleh kongsi seeloknya berpakaian formal dan kalau ada tag nama lebih baik rasanya sebab course pendidikan kan. Bila dah dalam bililk tu kena ada keyakinan yang tinggi semasa bercakap. Perasaan gementar tu memang sentiasa ada tapi apa-apa pun kita kena yakin dengan apa yang kita buat. Dalam interview face to face basically dia akan suruh perkenalkan diri, tanya kenapa piih course tu, dan akan ada soalan berkaitan course kita serta soalan isu semasa. Interview dalam bm ke bi? tu terpulang dekat pensyarah yang korang dapat. Macam aku kena perkenalkan diri dalam bi, the ada satu soalan dalam bm dan satu soalan dalam bi. ada juga yang suruh serlahkan bakat la apalah so memang kena bersedia. Ok so far sampai sini je la aku rasa sebab untuk interview uitm ni aku tak ingat sangat dan kalai boleh nak lupakan je hahahaha.Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit maklumat kepada korang yang tertanya-tanya tentang course ni.Maaf aku tak dapat nak bagitahu maklumat yang lebih tentang subjek atau apa-apa info lain bagi course Pyhsical and Health Education Uitm Palam. Alhamdulillah aku dapat sambung belajar dekat Ukm. Kalau aku rajin nanti aku akan update semula.Terima kasih sudi membaca!